LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Berita > LAWATAN PENGERUSI PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN & ROMBONGAN KE PROJEK D’RAJA TERNAKAN KAMBING BOER DI TANAH MERAH.
LAWATAN PENGERUSI PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN & ROMBONGAN KE PROJEK D’RAJA TERNAKAN KAMBING BOER DI TANAH MERAH.



Pada 27 Zulkaedah 1429H bersamaan 25 November 2008, YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Bin Hj Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah membuat lawatan ke tapak projek D’Raja ternakan kambing Boer, Tanah Merah untuk melihat sendiri kaedah penternakan kambing Boer, sekaligus untuk mengetahui pencapaian pelaksanaan yang dijalankan melalui 3 fasa berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.
 
Beliau cukup gembira apabila mengetahui melalui data Pejabat Daerah Jajahan Tanah Merah (PDJTM) menunjukkan bahawa, secara umumnya konsep pelaksanaan projek D’ Raja jajahan Tanah Merah, telah berjaya mencapai tiga fasa perkembangan projek yang digariskan iaitu penggemukan, pembiakan dan pusat latihan.
 
Ternakan kambing Boer yang telah dimulakan pada akhir tahun 2003 dalam kawasan rizab haiwan seluas 32 ekar di Kg. Domis daerah Bukit Panau ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 7 Julai 2004.
 
Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata, tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau kaedah terbaik perternakan kambing komersial bagi membangunkan ladang-ladang PMBK di seluruh Negeri Kelantan.
 
Mengikut data PDJTM juga, laporan status perkembangan kambing hingga kini berjumlah 280 ekor ditapak dan ladang kambing ini telah mencipta sejarah apabila menjadi ladang pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan dua ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal.
 
Pembentangan bukan sahaja melibatkan ternakan kambing, malahan rombongan juga dapat mengetahui rekod jualan bagi baja organik Domis-Plus. Dari tempoh Januari – November 2008, projek D’Raja telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM12,881.00 hasil dari penjualan baja organik ini.
 
Bagi program pertanian projek D’Raja jajahan pula, rombongan telah didedahkan tentang tanaman semula pastura (rumput Napier), tanaman semula pastura (rumput Nicola), timun batang, petola, betik serta tanam-tanaman lain.

 
 
139 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 7
Hari Ini : 115
Keseluruhan : 212255
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan