PMBK SAWIT SDN BHD

Selaras dengan perkembangan pesat industri perladangan khususnya
sawit di Malaysia, PMBK telah membuka sayap bagi meneroka industri ini
dengan perancangan pembukaan ladang secara besar-besaran di negeri
Kelantan.
PMBK melalui anak
syarikatnya iaitu PMBK Sawit Sdn Bhd telah diamanahkan bagi memikul
tanggungjawab ini. Sebagai pemulaan, PMBK sawit telah menguruskan
kawasan ladang sawit sedia ada kepuyaan Felcra yang telah diserahkan
kepada kerajaan negeri melalui perjanjian penyerahan semula.


Kawasan
yang telah diserahkan ini seluas 4500 ekar di 6 buah ladang seluruh
negeri. Di samping itu, PMBK sawit juga terlibat dengan pengurusan
ladang getah seluas 6 ribu ekar di 7 buah ladang di seluruh negeri
Kelantan.
Bagi memperluaskan
kawasan operasi perladangan, PMBK sawit melalui PMBK telah
dianugerahkan tanah seluas 10 ribu ekar di blok Berangkat dan Batu
papan daerah Gua Musang (ulu Kelantan) bagi penanaman sawit yang akan
bermula pada tahun 2009. Dalam kelulusan yang sama, PMBK sawit juga
akan melebarkan industri perladangan getah dengan penanaman getah klon
seluas 10,000 ekar yang akan bermula pada akhir tahun 2008.
Dalam
masa yang sama, kawasan seluas 20 ribu ekar telah dikenal pasti untuk
dipohon dari Kerajaan negeri setelah menyedari kekuatan PMBK sawit dan
kejayaan pengurusan yang telah ditunjukkan dalam masa 2 tahun lepas.
Jika trends ini berterusan, maka PMBK sawit akan muncul sebagai
syarikat perladangan terbaik dengan memiliki kawasan operasi terbesar
di negeri Kelantan.