LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Arkib > SKIM BANTUAN KEWANGAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DI KELANTAN
SKIM BANTUAN KEWANGAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DI KELANTAN

Pada 27 April 2009, PMBK telah mengadakan satu program tanggungjawab sosial, ‘Corporate Social Responsibility’(CSR)  yang dinamakan “Skim Bantuan Imam Al-Ghazali” yang diberikan  kepada pelajar miskin di sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Program ini telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darul Naim yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah Ketua Pegawai Operasi, PMBK Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan & Dakwah Negeri Kelantan Dato’ Hj Mohd Amar Nik Abdullah. Selain itu juga, program ini turut mengundang khas adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal untuk memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Program bantuan kewangan ini timbul apabila melihat pencapaian prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh adik Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dan PMBK merasa bertanggungjawab untuk membela pelajar-pelajar yang mempunyai potensi cemerlang yang mempunyai nasib seperti adik Nik Nur Madihah. Seramai 100 orang pelajar telah terpilih untuk menerima skim bantuan ini.

Di dalam majlis ini juga, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut mengumumkan bahawa PMBK akan melaksanakan dasar bayaran gaji mengikut bulan Islam atau juga dikenali sebagai kalendar Hijrah kepada kakitangannya.

 
 
164 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 9
Hari Ini : 118
Keseluruhan : 212258
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan