LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Kifaalah Sdn Bhd > Berita > HARMONI BERSAMA DI MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KIFAALAH KEPADA WASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN
HARMONI BERSAMA DI MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KIFAALAH KEPADA WASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Keharmonian dan kepelbagaian dapat dilihat apabila masyarakat dari pelbagai kaum dan agama tanpa mengira fahaman politik telah berkumpul bagi menerima sedikit sumbangan dari Kerajaan Negeri. Sumbangan ini adalah berbentuk cek kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia dan berdaftar dengan takaful Kifaalah di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Majlis penyerahan cek sumbangan Kifaalah kepada wasi peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Kifaalah Sdn Bhd dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan telah diadakan di padang Majlis Daerah Machang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat disertai oleh Exco-exco Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Setiausaha-setiausaha DUN, penghulu-penghulu mukim, dan orang ramai.

Majlis ini telah diadakan pada 22 Safar 1431H bersamaan 7 Februari 2010 bermula pada jam 9 pagi dan telah dihadiri oleh lebih tiga ribu orang termasuk penerima-penerima cek yang bernilai RM 2000. Majlis ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai kerana berdasarkan kepada kehadiran yang begitu ramai memenuhi padang Majlis Daerah Machang.

Ketika berucap, Dato’ Husam Musa mengucapkan tahniah kepada Kifaalah Sdn Bhd di atas anugerah yang diterima terhadap pencapaiannya iaitu juara keseluruhan agensi korporat seluruh Malaysia yang membuktikan pengurusan Kifaalah adalah pengurusan yang cekap dan diakui serta model yang diterima oleh masyarakat.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz pula dalam ucapannya semasa menyempurnakan majlis ini berkata, “Alhamdulillah, bermula dengan Belanjawan Sejahtera Tahun 2007, pihak Kerajaan Negeri telah memulakan program takaful warga emas Kifaalah ini. Permulaan, pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 3 juta untuk membiayai caruman kepada wasi. Dan terdapat kira-kira 140,000 warga emas yang layak”. Sambung beliau lagi, “Pendekatan yang diambil, adalah wakil rakyat dan penghulu hendaklah terlibat aktif untuk mendaftar semua warga emas tersebut, tanpa mengira kaum dan fahaman parti politik. Sasaran kita adalah semua warga emas hendaklah didaftarkan ke dalam skim ini. Dengan harapan, sejumlah sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri dapat disalurkan kepada keluarga atau wasi bagi warga emas selepas kematian”.

Menurut seorang wasi yang berbangsa Siam pula, Kian Song A/L Eh Bi merasa bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan kepada waris si mati tanpa mengira kaum dan agama. Menurut mekanik yang bermastautin di Pasir Puteh ini, sumbangan yang diberikan adalah bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina ini di mana mereka memerlukan wang untuk sambutan perayaan tersebut dan juga bagi mengadakan kenduri kesyukuran kepada mendiang ayahnya.


 
 
290 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 8
Hari Ini : 119
Keseluruhan : 212259
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan