LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Berita > Politik > SABOTAJ ELAK MB LEPASKAN PELUMBA LTdL
SABOTAJ ELAK MB LEPASKAN PELUMBA LTdL

dari HarakahDaily

KOTA BHARU, 1 Mac: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas. Namun malangnya ada sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood (gambar).

Menurutnya, tindakan pihak penganjur itu secara jelas telah memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri.

“Sedangkan sejak peringkat awal lagi perlumbaan LTdL diadakan kita memberi segala kerjasama sebaik mungkin,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Upacara pelepasan pelumba ke Kuala Berang, Terengganu diadakan di Dataran Rehal pagi tadi.

Dan tengah hari semalam, Menteri Besar hadir pada program pengenalan pasukan bertanding yang diadakan di sebuah hotel.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.

Malah katanya, persetujuan telah dicapai di mana acara pelepasan dilakukan Menteri Besar, namun apa yang berlaku pagi tadi begitu mendukacitakan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden terbabit.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km.

Abdul Fattah juga mendakwa tindakan Awang Adek dianggap biadap kerana semasa ketibaan Menteri Besar beliau tidak bangun, sedangkan VIP menghormati kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

 
 
133 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 8
Hari Ini : 119
Keseluruhan : 212259
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan