Tuan Guru kepalai Konvoi Royalti Kelantan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Komunikasi Korporat PMBK   
Sabtu, 28 Julai 2012 00:25
News_Banner_Berita_Terkini
Tuan Guru kepalai Konvoi Royalti Kelantan    
HarakahDaily Online

KOTA BHARU, 27 JUL: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengepalai Konvoi Royalti yang dianjurkan sebuah NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti).

Tuan Guru mengepalai hampir 150 buah kereta dan 50 motosikal berkuasa besar bergerak dari Kota Bharu pagi tadi menuju ke Gua Musang.

Konvoi akan melalui beberapa jajahan termasuk Keterah, Machang dan Kuala Krai sebelum tiba di Gua Musang.

Menurut kenyataan NGO Royalti hari ini, konvoi tersebut antara lain sebagai satu mekanisme Kempen Rakyat Kelantan yang memprotes tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat pembayaran royalti 5 peratus minyak dan gas Kelantan yang tunggakannya sejak 2005 yang kini berjumlah lebih  RM7 Billion.

Ianya juga sebagai bantahan terhadap hasrat kerajaan yang ingin memindahkan gas yang berada di perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, PM325 dan  PM 326B ke Kemaman, Terengganu dan Pekan, Pahang.  

"Konvoi ini juga sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Negeri Kelantan terus kepada ‘grass root’ khususnya masyarakat di kawasan pedalaman negeri ini.

"Ini juga sebagai usaha Rakyat Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Titah Sultan Muhammad V pada Sidang DUN ke 12, hujung Disember 2011 agar gas didaratkan ke Kelantan," kata presidennya Nazri Deraman.

Selain itu, konvoi itu juga sebagai manifestasi dan simbolik rakyat Kelantan inginkan lebuhraya baru daripada Kota Bharu ke Gua Musang sejauh 180 kilometer.

Program yang dijadual memakan masa dua hari itu akan mengadakan program kemuncaknya di Gua Musang esok.

Di sana, mereka akan menganjurkan majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan dan penerangan berkenaan royalti kepada masyarakat Gua Musang.

Pada malamnya akan diadakan sesi perdengaran dua hala antara NGO Royalti dengan rakyat Gua Musang bagi menyampaikan maklumat dan mendengar apa yang rakyat mahukan sekiranya royalti dan gas diberikan kepada Negeri Kelantan.scroll back to top
LAST_UPDATED2
 
Webpmbk.gov
BLOG
FORUM
E-QIADAH
E-HARTANAH
CAPAIAN
 
 
May 2013
S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2154
mod_vvisit_counterYesterday3583
mod_vvisit_counterThis week23599
mod_vvisit_counterLast week35073
mod_vvisit_counterThis month106540
mod_vvisit_counterLast month120941
mod_vvisit_counterAll days2600623

Sesli Chat

ingilizce kursu

bariyer

turnike


ANAK SYARIKAT



Peta Laman


Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.