Perbadanan Menteri Besar Kelantan


There are no translations available.

banner_wadiiman 

Kelantan Bantu rakyat miskin dengan menyediakan rumah mampu milik.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi Negeri Kelantan melalui projek-projek pembangunan insfrastruktur, industri, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.  

"Kebajikan rakyat diutamakan" merupakan prinsip asas penubuhan PMBK. Ia selaras dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Untuk merealisasikan matlamat tersebut PMBK mengambil tanggungjawab untuk menyediakan perumahan dan kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat dengan kos yang murah.


Tujuannya utama adalah untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan harga rumah yang bersesuaian dan berpatutan dengan kemampuan rakyat negeri ini, di samping turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan sosial.  

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan pelancaran Rumah Kos Rendah PMBK perlu dilaksanakan dengan segera, dan 15 Mei lalu telah dipilih sebagai hari pelancaran Rumah Kos Rendah PMBK. Majlis diadakan di Desa Wadi Iman, Mukim Mahang West, Kok Lanas, dimulai dengan solat hajat yang diimamkan Tuan Guru sendiri dengan dihadiri penduduk setempat dan warga Kelantan yang berminat untuk mendapatkan kediaman tersebut.

PMBK telah memperuntukkan sebanyak 128 buah rumah dengan harga yang amat berpatutan untuk rakyat Kelantan.

Pada majlis itu Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan "Kerajaan Negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik. Permintaan dan keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri sedaya mungkin cuba memenuhi keperluan tersebut. Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Bharu"

"Kita percaya masih banyak lagi rumah kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini dan kerajaan cuba sedaya upaya memenuhinya dengan kemampuan yang terhad kerana masalah peruntukan," ujar beliau.

Pada majlis pelancaran tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mej (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman berkata Kerajaan Negeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan tidak terbengkalai. "Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai."

PMBK sebagai sebuah agensi kerajaan bertanggungjawab untuk membela rakyat yang kurang berkemampuan mengambil langkah sewajarnya dengan meyediakan kediaman yang selesa dan selamat serta mampu milik dengan kos yang amat berpatutan. Dengan adanya Rumah Kos Rendah PMBK ini, adalah diharapkan ianya dapat membantu rakyat negeri Kelantan memiliki kediaman yang selesa.

scroll back to top
 
Webpmbk.gov.my
April 2014
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1092
mod_vvisit_counterYesterday1854
mod_vvisit_counterThis week16088
mod_vvisit_counterLast week14521
mod_vvisit_counterThis month46155
mod_vvisit_counterLast month66840
mod_vvisit_counterAll days3714512

Sesli Chat

ingilizce kursu

bariyer

turnike


SUBSIDIARIES



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mengenai Kami


my.gov mampu msc mdec kelantan

Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.