Banner-Aktiviti-2014

PMBK turut memeriahkan Karnival PKINK@50
KOTA BHARU, 6 Safar 1438H bersamaan 6 November 2016

urbaneeringPerbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Karnival PKINK@50 bertemakan “50 Tahun Menggerak Pembangunan Ummah”. Penyertaan PMBK mewarnai program yang diadakan berdasarkan aspirasi masyarakat Kelantan ini telah memeriahkan lagi program ini.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk Karnival PKINK@50. Satu daripada acara utamanya adalah Treasure Hunt Berkereta Urbaneering yang disertai oleh 16 pasukan daripada agensi Kerajaan Negeri dan tiga daripadanya adalah pasukan dari PMBK. Pejalanan misi mencari ‘harta karun’ Treasure Hunt Berkereta Urbaneering ini yang jaraknya merangkumi 150 kilometer ini bermula di hadapan bangunan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dan melalui beberapa daerah lain iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Tumpat dan kembali ke Kota Bharu.

Dikemuncak acara Treasure Hunt Berkereta Urbaneering ini, tiga pasukan PMBK telah memenangi hadiah di tempat kedua, ketujuh dan kesebelas dan membawa pulang hadiah 1/2 dinar bagi setiap peserta tempat kedua manakala selebihnya mendapat hadiah saguhati.

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. X-Cell Bio bw PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.Kelantan ICT Gateway copy bw16a