Banner-Aktiviti-2014

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK RMMK MERANTI
PASIR MAS, 20 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 19 Mac 2017

mb.rasmiMajlis Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik (RMMK) Meranti telah berlangsung pada 16 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 15 Mac 2017 di Tapak Projek RMMK Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan ucapan di majlis ini berkata, "kerajaan negeri sedang membina Rumah Mampu Milik Kelantan sebanyak 1,309 unit untuk rakyat yang berpendapatan sederhana. Pada hari ini kita usahakan di atas tapak tanah ini sebanyak 64 unit rumah teres lagi untuk kemudahan rakyat sekitar ini."

Kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 5 tahun ini akan memberi penekanan kepada RMMK di mana 'Satu Keluarga Satu Rumah' yang merupakan satu slogan sebagai penggerak ke arah memastikan setiap lapisan rakyat di negeri ini memiliki rumah kediaman sendiri. Dalam merealisasikan dasar tersebut, kerajaan negeri telah memberi tanggungjawab kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melalui anak syarikatnya iaitu PMBK Development Sdn Bhd (PMBKD) untuk melaksanakan projek RMMK di atas tanah kerajaan seluas 5.38 ekar di mukim Meranti, jajahan Pasir Mas. Ia terletak 19km daripada Rantau Panjang dan 10km daripada bandar Pasir Mas. Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas 2020, tapak projek terletak di dalam Blok Perancangan BP1 dan dizonkan sebagai kawasan kediaman.

Sebanyak 58 unit rumah teres setingkat dan 6 unit rumah kedai akan dibina di bawah perancangan projek tersebut. Secara keseluruhannya, cadangan pembangunan ini akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Kelantan dalam menjana ekonomi melalui peluang perniagaan dan pekerjaan, sekali gus dapat memelihara keindahan alam sekitar, flora dan fauna dengan pembangunan yang terancang berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Nasib golongan yang berpendapatan rendah akan terbela dengan wujudnya projek sebegini.

Dalam majlis yang dimulakan dengan solat hajat diimami oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan sendiri, beliau telah membuat pengisytiharan kawasan pembinaan RMMK tersebut sebagai 'Taman Kebun Raja'. Turut hadir Dato' Speaker DUN Kelantan, Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri, ADUN Meranti, ADUN Pengkalan Pasir, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jajahan dan Jabatan serta pimpinan setempat.

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. X-Cell Bio bw PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.Kelantan ICT Gateway copy bw16a