Banner-Aktiviti-2014

Cabaran Kombat Memanah anjuran KNK & PMBK
KOTA BHARU, 8 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 24 Februari 2018

cabaran kombat memanah 2018

Konfederasi NGO Kelantan (KNK) dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) telah menganjurkan Cabaran Kombat Memanah yang bertempat di Rooftop Bazar Tok Guru bermula pukul 8.30 pagi pada 24 Februari 2018. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai cabaran tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah dan agensi kerajaan negeri Kelantan.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat anak muda dalam acara memanah sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW supaya belajar memanah.Disamping acara kombat memanah, turut diadakan pameran Galeri NGO dan persembahan Skyrobik daripada kumpulan PBK-SKY yang merupakan penggerak skyrunner peringkat negeri Kelantan.)

Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 2.00 petang yang telah disampaikan oleh Ustaz Nasruddin Mahmud Muhadin, Pegawai Khas kepada YB Dato' Dr Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan. Kumpulan Junior Archery yang terdiri dari pelajar sekolah telah memenangi acara kombat memanah tersebut. Majlis bersurai sesudah penyampaian hadiah dijalankan.

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa