AKTIVITI.BM.27.9

Program Komuniti & Khidmat Masyarakat PMBK-PADU di Pondok Hidayah, Machang.sumbangan

Oleh: FBI, 13 Okt 2013

 

Program Pembangunan Komuniti dan Khidmat Masyarakat merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara semua golongan masyarakat. Ini merupakan saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, semangat kerjasama dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.

 

Penganjuran program ini merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua lapisan masyarakat disamping dapat melahirkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab semua pihak terhadap golongan belia, warga emas dan anak yatim. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan mahabbah antara masyarakat. Pengisian dalam program ini pula meliputi aspek kerohanian dan kemasyarakatan. Adalah menjadi harapan Jawatankuasa Pusat Aktiviti Dakwah Ummah (PADU) agar sambutan ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta mencapai objektifnya.

 

Menyedari hakikat itu, Jawatankuasa Pusat Aktiviti Dakwah Ummah (PADU), Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah mengambil inisiatif untuk melaksana dan memantapkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat dengan merangka satu Program Komuniti dan Khidmat Masyarakat. Program tersebut diadakan pada hari Sabtu, 7 Zulhijjah 1434H bersamaan 12 Oktober 2013 bertempat di Pondok Hidayah, Machang. Turut menjayakan program ini ialah Pertubuhan Kebajikan Armalah Negeri Kelantan, Persatuan Mawaddah Kelantan, myALZA Owner’s Club, Melor Biker Club dan Minda EvolusiRempitAnak Kelantan (MERAK). Program yang dihadiri sekitar 200 orang peserta termasuk sukarelawan tempatan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning,Hj Mohd Roseli Ismail.

 

gotongroyongPerbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada Pondok Hidayah bagi kegunaan perbelanjaan pengurusan pondok berkenaan. Program Komuniti & Khidmat Masyarakat tersebut bermula pada pukul 10 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pondok, mengecat serta menanam anak pokok disekitar kawasan pondok. Kaum muslimat turut serta dalam penyediaan juadah makan tengahari di samping beramah mesra bersama penghuni pondok berkenaan. Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 12.30 tengahari dan para sukarelawan dihidangkan dengan beraneka jenis lauk-pauk sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa