BERTAUBATLAH DARI DOSA-DOSA

Ditulis oleh Super User. Posted in Kolumnis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*BERTAUBATLAH DARI DOSA-DOSA.*

Islam adalah agama yang menghendaki kedamaian, ketenteraman serta kemaslahatan dan kemanfaatan hidup manusia di dunia & akhirat.

Oleh yang demikian ajaran Islam ditujukan untuk merealisasikan perkara-perkara tersebut di atas. Akan tetapi dalam kenyataannya, kadang-kadang manusia mudah terpengaruh oleh faktor tertentu samada faktor luaran atau faktor dalam diri manusia itu sendiri.

Apabila manusia telah melakukan dosa-dosa dan kesalahan ini bermakna jiwa telah ternoda dengan sifat mazmumah (sifat-sifat yang tercela).

Namun demikian Islam memberikan alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bertaubat kepada Allah. Di antara dosa-dosa yg wajib segera untuk bertaubat di antaranya ialah:

*1. Syirik.*

Syirik adalah dosa yg terbesar dalam kehidupan seorang muslim. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh". (Q.S An-Nisaa: 116).

Ayat di atas menunjukkan bahawa syirik adalah dosa yg tidak mendapatkan ampunan Allah, kecuali mereka yang mahu bertaubat kepada Allah.

*2. Kufur.*

Kekufuran juga merupakan dosa besar dan akan menjadikan seluruh perbuatannya padam dari pada mendapatkan pahala Allah SWT.  Allah berfirman dalam Al-Quran:

قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إِن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ وَإِن يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ الْأَوَّلِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

(Q.S al anfaal: 38).

*3. Munafiq.*

Sesungguhnya sifat munafiq akan menempatkan manusia yg melakukannya berada di jurang neraka yg paling bawah. Allah berfirman dalam Al-Quran:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (Q.S An-Nisaa 145).

Dan masih banyak lagi dosa yang wajib disegerakan untuk kita bertaubat kepala Allah SWT.

Oleh kerana itu wahai saudara-saudaraku sekalian jangan biarkan dosa dan maksiat serta kemungkaran bermaharajalela dalam hidup kita. Kerana yang demikian akan menggelapkan hati kita dalam kehidupan.

Ya Allah !! Ampunkanlah dosa-dosa kami yang kami sedar ataupun yang kami tak sedar dalam melakukan dosa-dosa tersebut. Kuatkanlah iman kami ya Allah dalam meniti ranjau-ranjau kehidupan di dunia ini. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat kelak. Aamiinn. !!!!!

Wallahu a’lam...

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.

Wassalam...

MOHD MUHAIMIN MAZLAN

PEGAWAI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa