• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

News_Banner_Berita_Terkini
Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion
HarakahDaily Online, Aslani M


BACHOK, 14 Okt 2012: Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di perairan negeri ini.

Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan.


“Sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 begitu jelas di mana bayaran tunai perlu dibayar kepada negeri yang mengeluarkan minyak.

“Apabila perjanjian tidak dipatuhi tidakkah itu menggambarkan seperti sifat orang Yahudi yang memungkiri janji,” katanya pada ceramah mega R bersama Angkatan Amanah Merdeka di Padang Kemahkotaan di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai memenuhi padang tersebut bagi mengikuti pendedahan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai tuntutan Kelantan ke atas royalti minyak, namun beliau tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain.

Begitu juga anggota Exco kerajaan negeri,Datuk Husam Musa memberi ucapan secara langsung dari Kuala Lumpur melalui internet kerana menghadiri program lain di ibu negara.

Ramai yang hadir kalangan anak-anak muda yang memakai t-shirt bertulis R. Nazri juga berkata, kerajaan BN menafikan hak ke atas royalty dan menggantikan dengan wang ihsan disalur melalui pemimpin Umno yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Saya difahamkan lebih RM100 juta disalurkan melalui JPP melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Umno Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Kita tidak tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan kerana tidak pernah diauditkan. R telah menghantar surat memohon mendapat penjelasan mengenai wang ihsan, namun tidak dijawab sehingga sekarang,” katanya.

Husam berkata, Kelantan sepatutnya lebih pesat membangun berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mempunyai hasil petroleum. Namun apa yang berlaku sekarang Kelantan hanya menghirup kuah selepas isi diambil pihak lain.

“Sedangkan Allah anugerahkan bumi Kelantan dengan kekayaan sumber minyak dan gas,” ujarnya.

Dr Zayadi berkata, sepatutnya Bachok sudah lama berubah kerana kedudukannya paling hampir dengan  telaga minyak iaitu kira-kira 140 batu nautika.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, R dan Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R) menjelajah ke negeri-negeri sebelah utara semalam dengan disertai lebih 500 aktivis dengan menaiki 300 motosikal dan kereta.

Perlepasan jelajah utara itu dilakukan anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra kira-kira jam 10.30 pagi. Konvoi singgah di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sri Mentalon di Alor Setar dan diraikan Pegawai Khas Media Menteri Besar, Musaddak Ahmad.

Pada majlis tersebut R menyerahkan Plak Royalti yang ditandatangani  Sultan Muhammad V pada 5 Jun 2012 yang mengesa gas didaratkan ke Bachok kepada wakil kerajaan Kedah.

Peserta konvoi juga menunaikan solat hajat di Sri Mentalon. Pada masa sama Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan sticker R - 5,000 keping diagih kepada orang ramai.

Konvoi tersebut melalui bandar Alor Setar, Arau, Kangar dan berakhir di Kuala Perlis.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa