• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Yb Hanifa KarnivalKrisis air mampu ditangani berhemah
SinarHarian, 18 OKTOBER 2016

KOTA BHARU - Permasalahan perkhidmatan bekalan air bersih di negeri ini tidak seteruk seperti yang war-warkan oleh Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sebaliknya krisis tersebut mampu ditangani dengan berhemah oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Menurutnya, Restorasi sepatutnya lebih sedar bahawa Kelantan bukan satu-satunya negeri berdepan dengan masalah bekalan air bersih malah ada juga negeri lain yang lebih serius sehingga berlaku catuan air.

“Aduan ada di mana-mana tetapi sedikit sahaja, sebagai contoh pada tahun lalu ada negeri lain terpaksa buat catuan air dan di Kelantan perkara itu tidak berlaku.

“Sebelum ini Restorasi buat jelajah air keruh di Machang, itu adalah fitnah kerana tidak mungkin daerah itu berlaku air keruh kerana AKSB tidak guna air sungai sebaliknya air bawah tanah. Mereka sengaja gambarkan AKSB tidak betul, jangan politikkan isu ini kerana ia untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Usahawan Online Kelantan 2016 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, Ridzuan Sidek.

Terdahulu Restorasi memulakan siri jelajah di beberapa daerah menrombakan dibuat dalam pengurusan AKSB yang dilihat kurang berkesan memainkan peranan walaupun penstrukturan semula air sudah dilakukan.

Mengulas lanjut, Hanifa berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar cadangan daripada semua pihak termasuk Restorasi.

“Tetapi kita tidak akan tunduk kepada desakan Restorasi berhubung rombakan semula pengurusan memandangkan AKSB sudah ada perancangan sendiri,” katanya.

“Kerajaan negeri sudah lama berusaha ke arah itu, malah perjanjian penstrukturan semula bekalan dengan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini adalah hasil usaha sejak 2008 lagi,” katanya.

Tambahnya, matlamat utama AKSB selepas migrasi air memastikan liputan bekalan air dapat disalurkan kepada 85 peratus bekalan air kepada penduduk dalam tempoh tiga dan enam tahun akan datang.

Mengulas mengenai Karnival ICT dan Usahawan Online Kelantan 2016, Hanifa berkata, ia sebahagian daripada pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) bertujuan beri pendedahan kepada masyarakat berkenaan perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi semasa.

“Kerajaan negeri tahun ini memperuntukkan RM400,000 bagi menjalankan program PPST.

“ICT bukan sahaja boleh dijadikan media penghubung bahkan boleh menjadi sumber pendapatan yang besar dan tanpa had. Kita harap karnival yang akan diadakan pada 27 dan 29 Oktober bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC) mendapat sokongan daripada orang ramai ,” katanya.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa