PERUTUSAN KETUA PEGAWAI OPERASI PMBK

 

Firman Allah SWT:

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬ (٤)

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Surah Ash-Shaff, ayat 4

 

Segala puji dan syukur hanya tertentu bagi Allah S.W.T.,pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi dan segala isinya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyebarkan Islam untuk dinikmati kepada kita semua.

 

Pengurusan terancang amat penting bagi sesebuah organisasi untuk berjaya terutama pada zaman teknologi maklumat di mana segalanya bergerak dengan pantas dan amat kompetitif. Pengurusan terancang merupakan satu proses menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu sama lain. Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung antara satu sama lain, maka matlamat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif) akan terhasil.

 

Apabila perancangan telah dibuat, sesebuah organisasi perlu komited untuk melabur tenaga dan masa serta berkomunikasi secara meluas dengan jelas terutama golongan kakitangan melalui perancangan juga kita akan dapat membuat keputusan dan mendapatkan kepastian mengenai strategi-strategi yang bakal digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 

Perancangan strategik merupakan tahap perancangan yang menyeluruh yang melihat kepada halatuju organisasi pada satu jangka masa sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun kehadapan. Perancangan strategik amat penting dalam membina satu visi, menyeragamkan tindakan, meningkatkan komitmen, mengoptima penggunaan sumber, memantau kemajuan, mengurangkan pergeseran, pertindihan, pembaziran dan sekaligus meningkatkan keberkesanan gerak kerja organisasi serta meningkatkan output/ produktiviti sesebuah organisasi.

 

Maka PMBK telah mewujudkan pelan strategiknya tersendiri di mana ia adalah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu :

 

fasa-fasa transformasi pmbk

 

Sejajar dengan Visi PMBK iaiti “Menjadi agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri yang berprestasi tinggi dan berwibawa” dan Misi PMBK yang “Mengambil alih, memegang dan membangun aset strategik bagi pihak kerajaan negeri, dengan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan aset dan penglibatan komersial yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat”, maka pihak pengurusan PMBK sentiasa memastikan semua tindakan diambil seperti yang telah dirancang.

 

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada PMBK dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah SWT demi membangunkan sosio ekonomi Negeri Kelantan bagi kesejahteraan semua lapisan rakyat. Laman web ini juga diharapkan dapat menjadi medan interaksi di antara PMBK dengan pelanggan-pelanggan khususnya rakyat negeri Kelantan keseluruhannya.

 

Selamat melayari laman portal kami.

 

“Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat”

“Membangun Bersama Islam – Kelantan Menerajui Perubahan”

 

Sekian, wassalam.

 

Sanusi Hj Othman

KETUA PEGAWAI OPERASI

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

 

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b