HIJRAH ROHANI MERUPAKAN KEUTAMAAN UMAT ISLAM

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

 
 
 
 

Perutusan sempena tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi yang berlangsung di Majlis Hijratul Rasul, Balai Islam Lundang baru- baru ini telah dihadiri Al Sultan Kelantan serta dif- dif kenamaan bagi menyempurnakan tuntutan hijrah yang disambut negeri serambi Mekah itu. Menteri Besar Kelantan, Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap di majlis tersebut menyatakan bahawa Hijrah bererti perpindahan dan juga tindakan meninggalkan sesuatu khususnya mengenai perkara-perkara yang memudaratkan, buruk dan kurang menguntungkan sebaliknya, merugikan. `Dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk seperti rasuah. Tuntutan berhijrah dan berhamba abdi kepada Allah tidak akan terlaksana kalau tidak melalui ilmu yang membawa manusia bertaqwa kepada Allah dan meyakini hari kiamat`. Katanya, beliau menganggap penagihan dadah, pil kuda, mabuk, pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pembaziran masa dan penyalahgunaan harta kerajaan hendaklah di titikberatkan oleh masyarakat bagi membantu kerajaan, mengatasi masalah yang melanda umat Islam hari ini. Kelantan telah berbuat sedaya upaya demi mempertahankan ajaran Islam. Kita yakin akan mendapat pahala di atas segala usaha, kesabaran dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini, ujar beliau. `Ajaran Islam sendiri tidak dapat dipisahkan daripada tuntutan hijrah, dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk`. `Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia (iaitu ilmu, iman dan amal soleh). Dan kurniakanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat nanti (iaitu dapat memasuki syurga yang kekal abadi) serta lindungilah kami daripada azab siksaan api neraka,` (maksud surah al-Baqarah: 201). Menurutnya lagi, Rasulullah SAW yang bermaksud: `Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah`. Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman ketika ditemui di majlis itu berkata, semoga Allah terus melimpahkan nikmat dan kesejahteraan yang panjang ke atas negeri Kelantan dan bersyukur dengan sambutan Hijrah kali ini kerana masih diberi peluang oleh Allah kepada umatnya untuk menghijrahkan diri kearah yang lebih baik. Katanya lagi, kepada umat Islam yang mampu menghijrahkan diri mereka kepada kebaikan semoga Allah akan terus menganugerahkan kesihatan serta mengurniakan pelbagai nikmat dan pemberian yang tidak terhitung banyaknya kepada mereka (hamba soleh).

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa