Air Kelantan Sdn Bhd

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air di seluruh negeri Kelantan di samping rawatan air dan mengendalikan sistem pengagihan serta memastikan air yang dibekalkan oleh pihak AKSB adalah bersih dan terjamin dengan peningkatan kuantiti dan kualiti air yang akan digunakan oleh penduduk negeri Kelantan. AKSB juga turut mengendalikan pembayaran bil-bil air dan pemungutan hasil air di seluruh jajahan untuk rakyat negeri Kelantan. Selain itu AKSB juga mengendalikan 28 buah loji pembersihan air dan berupaya menghasilkan air sebanyak 230 juta liter air setiap hari untuk pelbagai kegunaan penduduk Kelantan.

 

Berikut adalah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd:

  • Bekalan Air Domestik

Permohonan bekalan air domestik bagi suatu rumah persendirian melalui tukang paip yang berlesen (yang berdaftar dengan AKSB) kepada unit kawalan kredit/permohonan baru untuk pendaftaran. Baca lagi...

 

  • Bekalan Air Perniagaan

Permohonan bekalan air perniagaan bagi suatu kawasan perumahan, kedai dan setinggan, dan kontraktor melalui tukang paip yang berlesen (yang berdaftar dengan AKSB) kepada unit kawalan kredit/permohonan baru untuk pendaftaran. Baca lagi...

 

  • Potongan Bekalan Air

Pemotongan bekalan air dilakukan adalah bagi menstabilkan kutipan dari bil pengguna, bil tidak dijelaskan mengikut waktu yang di tetapkan dan untuk pengaliran wang yang cekap. Baca lagi...

 

  • Sambungan Semula Bekalan Air

Penyambungan semula bekalan air yang telah dipotong setelah menjelaskan semua bil yang berkaitan. Baca lagi...

 

  • Ujian Meter

Menyelesaikan aduan daripada pengguna tentang ujian meter yang mengalami masalah. Baca lagi...

 

 

Sebarang aduan tentang masalah air (bil, kualiti, tekanan, paip bocor, paip pecah dan lain-lain) boleh dibuat melalui talian Pusat Info & Talian Info AKSB (PINTAS): 1300-88-2572, atau SMS Aduan: 019-9819123, atau E-mel Aduan: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau melalui atas talian (klik di sini).

 

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b