Akademi Pembangunan Insan Profesional Sdn Bhd

Ai-Pro yang dahulunya dikenali sebagai Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd mula ditubuhkan pada 29 Januari 2007. Ketika ini ia ditubuhkan dengan nama D.D Multimedia Solutions Sdn Bhd dan bertindak sebagai pusat latihan ICT dan Multimedia. Kemudian pada 29 April 2013, ia telah menukarkan namanya kepada Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd dengan menawarkan Pusat Bertauliah yang menyediakan latihan kemahiran dan kursus terutama dalam bidang korporat dan ICT. Akhirnya, pada 6 April 2017 ia ditukarkan pula kepada nama sekarang iaitu, Akademi Pembangunan Insan Profesional. Kini Ai-Pro komited dalam menyediakan perkhidmatan latihan dan rundingan kepada individu, organisasi, syarikat atau mana-mana pihak yang menginginkan perkidmatannya.

Akademi Pembangunan Insan Profesional Sdn Bhd atau Ai-Pro adalah sebuah anak syarikat yang bernaung seratus peratus di bawah Pebadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). AiPro yang bertindak sebagai peneraju pembelajaran berterusan.

 

Berikut adalah perkhidmatan (latihan dan kursus) yang disediakan:

  • Pengurusan & Kepimpinan
  • Pentadbiran
  • Pembangunan Modal Insan
  • Jualan & Pemasaran
  • Kemahiran Kendiri
  • Keusahawanan
  • Teknikal & Logistik
  • Kewangan & Akaun
  • Kemahiran IT
  • Team Building & Retreat

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b