Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC)

Telah ditubuhkan pada 14 Februari 2007 yang beralamat di PT 403, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu Kelantan. TDC merupakan anak syarikat 100% milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditubuhkan untuk menjadi pemaju utama projek Pembangunan Bandar Baru Tunjong (BBT) Kota Bharu Kelantan yang meliputi tanah seluas 2,000 ekar

TDC juga sedang giat mengembangkan perniagaannya dengan mengadakan perancangan untuk membangunkan tanah-tanah lain yang strategik di dalam dan luar negeri Kelantan. Sehingga Julai 2013 beberapa projek bagi Bandar Baru Tunjong telah dijalankan, antaranya adalah:

  • Projek Pembangunan Bagi Hypermarket Mydin  

Projek pembangunan bagi Hypermarket Mydin ini telah dijalankan di atas tanah berkeluasan 17.57 ekar. Pelabur yang terbabit bagi projek pembangunan ini adalah Mydin Holdings Berhad dengan nilai pembangunan sebanyak RM250 juta. Projek ini sekarang masih lagi dalam proses kerja-kerja tanah dan juga pnyediaan pelan bangunan serta permohonan kelulusan pelan bangunan.

  • Projek Al-Waqf

Iaitu sebuah Projek Pembangunan Bercampur dan Lot Niaga. Nilai pelaburan yang bernilai RM91 juta di atas tanah berkeluasan 9.88 ekar telah dilabur oleh Maarij Development Sdn Bhd. Kerja-kerja tanah telahpun bermula pada Mei 2013.

  • Bazar Rakyat

Projek pembangunan bagi projek Bazar Rakyat oleh Noble Residence Sdn Bhd ini telah dijalankan di atas tanah berkeluasan 42.78 ekar. Nilai pembangunan adalah sebanyak RM100 juta.

  • Pembangunan Plot Perniagaan

Tanah bagi tapak projek ini bernilai RM7 juta. Berkeluasan 8.460 ekar dan akan dibangunkan dengan Bangunan Korporat, Galeri Jualan dan Bangunan Gudang. Kerja tanah bagi kerja-kerja infrastruktur telah bermula pada bulan September 2013

  • Pembangunan Autocity

Projek ini telah dijalankan di atas tanah yang mempunyai keluasan 56.870 ekar dan terdiri daripada pelabur-pelabur yang menjalankan perniagaan Automotif. Kerja tanah bagi kerja infrastruktur dijangka bermula pada bulan November 2013.

  • Lagenda Tunjong

Projek oleh Syarikat Sara Timur Sdn Bhd berkeluasan 41.30 ekar dan bernilai pelaburan RM1.2 Billion. Antara pembangunan yang akan dibangunkan adalah Che Siti Village Mall, Apartment, Hotel dan Servis Apartment, Condominium, Commerce Square, Event/Leisure Centre dan The Galleria Retail Mall.

 

Selain itu juga, TDC juga sedang giat menjalankan pembangunan di kawasan-kawasan lain di negeri Kelantan, antaranya :

  • Projek Pembangunan Bercampur Tanah Puteh Daerah Galas, Gua Musang

Pembangunan yang terdiri daripada Rumah Banglo sebanyak 57 Unit, Rumah Berkembar 114 unit dan Rumah Teres Mampu Milik 122 unit serta Kompleks Perniagaan. Berkeluasan 62 ekar. Mula menjalankan kerja-kerja tanah pada bulan Februari 2013

  • Projek Perumahan Bercampur di Jeli ( Riyadul Ilmi )

Pembangunan yang terdiri daripada Rumah Teres 1 Tingkat, Teres 2 Tingkat dan Banglo 2 Tingkat, Berkeluasan 6 ekar. Mula menjalankan kerja-kerja tanah pada bulan Julai 2013.

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b