Berita

BERITA.BM.27.9

Kelantan peruntukan RM50,000 misi bantuan banjiralt

Sinar Harian, Siti Fatihah Awang, 8 Disember 2013

 

KOTA BHARU- Kerajaan negeri Kelantan memperuntukkan RM50,000 bagi membiayai misi bantuan mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.

 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan tersebut akan disampaikan terus kepada mangsa yang terlibat melalui sukarelawan terlibat yang mana dijadualkan bermula hari ini.

 

“Rombongan sukarelawan ini akan bergerak melalui badan sukarela Jabatan Amal dan juga agensi-agensi kerajaan negeri, Insya-ALLAH ia akan bermula pada 8 Disember .

 

“Harapan saya agar misi bantuan yang akan dihantar secara rasmi oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini. Semoga mereka bersabar dengan ujian dan semoga ujian ini meningkatkan darjat mereka di sisi ALLAH SWT,” katanya semalam.

 

Hujan yang berterusan di Terengganu, Pahang dan Johor mengakibatkan kawasan-kawasan rendah mula dinaiki air malah Kemaman dan Kuantan di antara bandar yang lumpuh akibat bencana tersebut.

 

Ahmad berkata, inisiatif tersebut juga bagi menyatakan simpati pihak kerajaan negeri dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa di kawasan tersebut walaupun dipisahkan dengan sempadan negeri berbeza.

 

Beliau turut menyatakan jumlah peruntukan tersebut hanyalah sebagai permulaan dan kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan menambahkan nilai peruntukan jika situasi memerlukan.

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa