Berita

KOTA BHARU, 24 Ogos: Kerajaan dan rakyat menghargai jasa pihak keselamatan negara, memandangkan peranan mereka masyarakat dapat hidup sempurna dalam sebuah negara yang makmur.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peranan pihak keselamatan negara begitu besar dan sewajarnya disanjung semua pihak.

“Tanpa anggota keselamatan negara, sudah pasti rakyat tidak mampu menikmati kehidupan yang aman lagi tenteram sebagaimana yang dialami sekarang,” ujarnya.

Teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakili Tuan Guru pada majlis sumbangan kuih raya Aidilfitri daripada kerajaan negeri kepada pasukan keselamatan negara di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Katanya, sumbangan ikhlas dari kerajaan negeri sempena Aidilfitri yang bakal menjelang hanya sumbangan kecil jika dibandingan pengorbanan anggota keselamatan menjaga keamanan negara.

“Namun sebagai tanda ingatan dan penghargaan dari kerajaan negeri, kami berharap anggota keselamatan menerima seadanya,” ujarnya lagi.

Sebanyak lapan kontijen menerima sumbangan dari Timbalan Menteri Besar, antaranya, Tentera Laut Diraja Malaysia, Panglima 8 Briged Pengkalan Chepa, Polis, Briged Tenggara, Unit Pencegah Penyeludupan.

Sebanyak 11,200 bungkusan kuih hari raya diperuntukkan untuk penerima yang diuruskan oleh Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).

Bungkusan kuih berkenaan diselenggarakan sebelum bulan Ramadhan lalu yang diketuai Pengerusi Purnama, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Turut menerima sumbangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Laksamana Pertama, Datuk Pahlawan Mohammad Roslan Mohd Ramli, Ketua Staf 8 Briged, Left Kolonel, Mohd Tahar Abdul Razak, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim adalah antara penerima sumbangan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa