Berita

News Banner Berita Terkini

altKelantan isytihar China Town di Jalan Kebun Sultan    
HarakahDaily Online | Rizal Tahir

KOTA BHARU, 21 FEB: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai ‘China Town’ dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.

Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun dikekalkan, ‘gelaran’ kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar, memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak sekian lama.

Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama kita berharap masyarakat Cina di negeri ini dapat membangun, merancang atau juga sebagai zon perniagaan seperti di negara China.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan hasrat itu demi untuk sosio ekonomi masyarakat terbabit khususnya di jalan tersebut,” ujarnya.

Untuk menjayakan hasrat tersebut, jelasnya pada 8 Mac ini majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah malam.

Persembahan kebudayaan, katanya yang mewakili pelbagai masyarakat akan diadakan pada malam itu.

Takiyuddin turut menjelaskan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat menjual minuman keras untuk bukan Islam di mana peniaganya mendapat lesen dari MPKB.

Katanya lagi, kawasan tersebut juga telah dijadikan antara kawasan pelancongan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa