Berita

News Banner Berita Terkini

Ceroboh Sabah: Dewan Ulamak gesa saltolat hajat
HarakahDaily Online | Salmah Mat Husain

 

KOTA BHARU, 3 MAC: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua pimpinan PAS peringkat negeri dan kawasan menganjurkan solat sunat hajat seberapa segera  bagi menyelamatkan negara dicerobohi pihak asing terutama di Sabah.

 

Saranan itu dibuat berikutan serangan ke atas negara dalam serangan hendap sehingga mengorbankan anggota pasukan keselamatan.

 

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata selain usaha menjaga keselamatan negara dengan penempatkan petugas tentera, polis dan pasukan keselamatan lain, solat hajat juga perlu dilakukan.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan beliau bersetuju supaya solat berkenaan diadakan.

 

“Selain diperingkat negeri, program yang sama juga perlu diatur di peringkat kawasan,” ujarnya.

 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, seterusnya memberitahu solat hajat itu juga akan diadakan di peringkat negeri Kelantan seberapa segera yang mungkin.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa