Berita

News_Banner_Berita_Terkini
Jalanraya: RMK-5 Lulus Projek, RMK-9 Tarik Balik
HarakahDaily Online, Aslani M

KOTA BHARU, 29 OKT: Cadangan membesarkan laluan Gua Musang-Kota Bharu sebenarnya dilulus pada 1986 membabitkan Rancangan Malaysia (RMK-5), namun malangnya  pada RMK-9 projek tersebut ditarik balik.

Sedangkan jalan berkenaan dikategorikan JKR sebagai kelas F, di mana telah mencapai tahap kapasiti penuh pada 1986.

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan (ROYALTI -R), Mohd Hisyamuddin Ghazali (gambar) berkata, apa yang berlaku itu adalah diskriminasi yang berterusan berlaku terhadap Kelantan.

“Ini bermakna sehingga sekarang sudah mencecah 26 tahun Kelantan disisih daripada mendapat kemudahan jalan raya yang lebih sempurna seperti di negeri-negeri lain.

“Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit diamalkan pemimpin kerajaan pusat yang diketuai Umno. Mereka mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan,” katanya di sini.

Keadaan fizikal jalan di laluan tersebut sekarang tidak mampu lagi menampung pertambahan bilangan kenderaan terutamanya di musim-musim perayaan.

Ini terbukti pada sambutan Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu mengambil masa hampir sehari suntuk berbanding tiga jam pada hari biasa.

Hisyamuddin berkata, pemimpin negara hendaklah mengenepikan sentimen politik murahan yang dilihat cuba mendera rakyat Kelantan kerana menolak BN pada pilihan raya umum 1990.

“Berikan hak kami untuk mendapat royalti dan lebuh raya. Mengapa Kelantan cuba disisih sedangkan ia menyimpang jauh daripada semangat federalisme yang diamalkan sejak zaman penjajah,” ujarnya.

Kata beliau lebuh raya merupakan indikator penting kepada pembangunan sesebuah negeri.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksana prasarana tersebut, mereka hendaklah memberi bayaran royalti petroleum bagi membolehkan kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya.

“R akan syorkan kepada kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Gua Musang apabila mendapat wang royalti nanti,” ujarnya.

Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu R mengedarkan lebih 200,000 sampul duit raya mengenai tuntutan royalti dan sumbangan derma dana wakaf lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa