Berita

Penarafan4BintangPMBK terima penarafan 4 bintang
SINAR HARIAN, 7 DISEMBER 2015

KOTA BHARU - Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menerima penarafan empat bintang dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014.

Ketua Pegawai Operasinya, Sanusi Othman berkata, pengauditan yang berterusan dengan mengikut garis panduan serta prosedur antara faktor kejayaan PMBK sehingga melayakkan agensi itu menerima pengiktirafan dianugerahkan Jabatan Audit Negara.

“Kriteria penilaian Penarafan Bintang sektor awam merangkumi tiga komponen utama iaitu pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan.

“Penarafan empat bintang ini diberi berdasarkan amalan kerja mengikut prosedur dan arahan yang ditetapkan, di samping meneruskan budaya kerja baik, biarpun dalam keadaan tuntutan kerja yang semakin meningkat,” katanya mengulas antara kejayaan PMBK tahun lalu.

Menurutnya, peranan audit dalam menjalankan pengauditan yang berkualiti dan profesional penting bagi mengelak ketirisan seperti rasuah, penyelewengan, melanggar undang- undang, menyebabkan kerugian kewangan dan bukan kewangan, dan pelanggaran standard operasi serta etika.

Beliau berkata, pengauditan dilakukan dengan teliti bukan bermaksud ingin mencari kesalahan semata-mata tetapi sebaliknya mendidik menjalankan tugas mengikut prosedur dan arahan ditetapkan jabatan.

“Penarafan bintang juga adalah salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi kerajaan termasuk di peringkat negeri bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sektor awam berada pada tahap cemerlang,” katanya.

Sanusi berkata, anugerah itu juga adalah pengiktirafan secara formal kepada agensi yang menunjukkan tahap tadbir urus terbaik dan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan unggul.

“Ia juga memberi publisiti meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik serta pengurusan kualiti yang membawa kejayaan kepada organisasi, malah paling penting ia menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan agensi awam,” katanya.

Selain PMBK, terdapat 113 agensi kerajaan di seluruh negara menerima penarafan empat bintang termasuk dari Kelantan iaitu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Yayasan Kelantan Darulnaim, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Dabong, dan Yayasan Islam Kelantan (Yik) turut menerima penarafan empat bintang.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa