Berita

CUKAumk2UMK Hasil Cuka Berasaskan Buah Bermusim
SINAR HARIAN, 21 APRIL 2016

KOTA BHARU - Bagi mengatasi masalah lambakan buah bermusim terutama rambutan dan dokong, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd telah berjaya mengkomersialkan buah berkenaan dalam bentuk cuka.

Melalui penyelidikan yang dijalankan sekumpulan lima penyelidik daripada universiti berkenaan diketuai Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar bersama dari Fakulti Industri Asas Tani (Fiat), UMK berjaya menghasilkan cuka buah berasaskan kedua-buahan berkenaan.

Seri Intan berkata, pihaknya terpanggil menjalankan penyelidikan bertajuk ‘Tropical Fruit Vinegar Market Innovation for Product Entrepreneueship’ kerana menyedari lambakan yang berlaku terhadap buah- buahan berkenaan hampir setiap musim.

“Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ini dijalankan sebagai inisiatif memanfaatkan buah- buahan berkenaan selain membantu pemilik-pemilik tanaman tersebut berikutan hasil yang banyak sehingga gagal dipasarkan.

“Dalam masa sama, ia juga dapat membantu menjana ekonomi negara, kerana ia penemuan penemuan baru yang berpotensi diketengahkan di pasaran tempatan dan antarabangsa, “ katanya.

Seri Intan berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pengkomersialan produk cuka berasaskan buah-buahan antara Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed dan Pengarah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Abdul Rashid Mohd Yusoff di sini, hari ini.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa