• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

MESTECC dijangka menggalakkan lebih banyak projek tenaga suria pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat kerana potensi membangunkan projek hidrokuasa berskala besar terhad.

Menyedari potensi ini, kerajaan negeri telah melantik Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai rakan strategik bagi membangunkan industri teknologi hijau di Kelantan sekali gus bertanggungjawab membantu menyediakan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Inisiatif pertama KUM ialah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang bercadang untuk memasang sistem solar di loji rawatan air (LRA) dan medan telaga milik AKSB. Bagi menjayakan usaha ini, KUM dan AKSB bersama Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) sedang mengkaji LRA dan medan telaga yang sesuai untuk pemasangan panel solar ini.

Satu perjanjian persefahaman (MOU) telah dimeterai pada 29 Syawal 1440 bersamaan 03 Julai 2019 bagi mengesahkan jalinan kerjasama antara KUM yang diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff dengan Pengarah Urusan Gading Kencana, Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng dalam menjalankan aktiviti pemasangan sistem solar di 40 premis kerajaan dan bangunan komersial di negeri Kelantan.

Perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Hj. Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Hj. Nazran Muhammad serta Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Dato’ Sr. Hj. Azmi Mohd Nor.

Pengurus Kanan Kumpulan KUM, Haji Mahadi Mokhtar memaklumkan tujuan utama pemasangan panel solar ini adalah untuk mengurangkan bil elektrik yang tinggi di LRA dan medan telaga AKSB kerana industri tenaga boleh diperbaharui (RE) akan menyaksikan pertumbuhan dalam segmen solar pada tahun 2019 berikutan tender ladang suria skala besar (LSS) 3. LSS3 serta mekanisme pemeteran tenaga bersih (Net Energy Metering (NEM)) yang dipertingkatkan dan perjanjian bekalan untuk program RE, Supply Agreement for Renewable Energy (SARE) akan memacu pertumbuhan industri suria di Malaysia.

“Salah satu faktor pertimbangan untuk mempromosi penerimaan RE ialah jualan kadar/kwh yang lebih tinggi untuk mengeksport tenaga boleh diperbaharui akan menggalakkan pemasangan solar. Pada masa ini RE mewakili 2% daripada jumlah campuran tenaga negara. Bagi mencapai sasaran 20%, sebanyak 3,991MW (kira-kira 4GW) kapasiti tenaga baru diperlukan untuk ditambah kepada sistem bekalan elektrik negara” katanya.

“Dianggarkan sebanyak 7.8MWp kapasiti akan dipasang di loji rawatan air serta medan telaga milik AKSB yang akan memberikan penjimatan bil elektrik kepada AKSB dalam anggaran RM4 juta setahun bagi 19 loji berdasarkan tarif kategori ditetapkan. “Projek ini turut membuka peluang pekerjaan kepada 240 rakyat tempatan sepanjang aktiviti pemasangan, pentauliahan serta penyelenggaran sistem solar pada peringkat awal dan dijangka akan bertambah ke fasa akan datang” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook (Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan)

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa