Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Beliau turut menyarankan warga AKSB terus kekal melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas demi menjaga nama baik dan imej AKSB.

Turut berucap Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. Dr Azuhan Mohamed yang menekankan prinsip integriti dalam perkhidmatan awam untuk mengelak daripada amalan rasuah.

“Saya amat berharap prinsip ini tidak hanya tinggal sebagai satu tulisan tetapi mestilah dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Integriti sangat penting untuk diamalkan dalam urusan seharian warga AKSB kerana tidak ada maknanya jika kita memperolehi banyak kejayaan sepanjang tempoh perkhidmatan, sedangkan elemen integriti tidak digarap bersama dalam mencapai kejayaan tersebut,” katanya.

Tambahnya, dalam aspek integriti perkara paling utama adalah pengamalannya, bukan setakat memperkatakannya atau membuat perakuan di atas kertas dan apa yang kita lakukan hari ini adalah sebagai satu tanda komitmen bagi menzahirkan azam yang kuat untuk terus memperkukuhkan lagi integriti warga AKSB.

Sumber: UPKN KELANTAN 28 Januari 2020

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa