Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBC) adalah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri dari beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerjaan Negeri. Pengurusan syarikat adalah terdiri dari beberapa orang ahli sains yang berpengalaman dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Sains di dalam pelbagai bidang bioteknologi, digabungkan dengan Pasukan Pengurusan Kewangan yang terdiri dari Akauntan Bertauliah dan eksekutif kewangan yang berpengalaman.

 

Masa Depan Yang Cerah

Tidak jauh di hadapan, kami melihat syarikat ini akan menerajui industri bioteknologi di dalam Negeri Kelantan dan juga di seluruh Negara di dalam berbagai bidang seperti keusahawanan bioteknologi, usaha mencari-gali dan menghasilkan biojisim baru berpunca dari kepelbagaian alam yang sedia ada, pengeluaran enzim-enzim baru dan di dalam bidang yang begitu mencabar seperti bio-tenaga.

 

Tawaran Nilai Kami

Bioteknologi menawarkan berbagai peluang yang amat menarik. Bioteknologi mengizinkan penemuan tentang berbagai keajaiban penciptaan Allah di dalam alam semesta ini untuk digunakan di dalam pelbagai aplikasi di dalam kehidupan manusia. Di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd kami yakin bahawa usaha ini adalah satu bentuk jihad yang baru, iaitu satu usaha murni untuk memperbaiki kehidupan manusia di seluruh alam ini.

 

Berikut adalah produk/perkhidmatan di dalam industri bioteknologi yang kami sediakan:

  • Bioteknologi Pertanian

Penghasil produk pertanian melalui teknologi kultur tisu untuk menggalakkan pertumbuhan sesuatu spesis tanaman secara seragam serta berbuah dan masak pada masa yang sama serta bebas daripada serangan mikroorganisma seperti kulat, bakteria serta virus bagi membentuk pertumbuhan yang lengkap. Baca lagi...

 

  • Bioteknologi Kesihatan

Minyak Kelapa Dara (VCO) di bawah bidang penyelidikan bioteknologi dengan menubuhkan Pusat Bioproses dan kilang yang menepati piawaian Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan berstatus halal, menjalankan R & D bagi menghasilkan formulasi pelbagai jenis produk penjagaan diri dan kesihatan yang ingin dipasarkan oleh pelanggan. Baca lagi...

 

  • Bioteknologi Mikroorganisma

Larutan Bio-Hijau ialah larutan mikroorganisma yang berfaedah yang terdiri dari bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, actinomyces dan molasses. Ia merupakan campuran mikrobial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor penjagaan alam sekitar, bioteknologi, penternakan dan pertanian. Larutan Bio-Hijau ini telah diaktifkan dan sedia untuk diaplikasikan terus dalam sektor-sektor berkaitan. Baca lagi...

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa