Kunjungan Hormat Ke Jabatan Audit Negara (JAN) Cawangan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 17 Jun 2025 – Jabatan Audit Dalaman PMBK telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Jabatan Audit Negara (JAN) Cawangan Kelantan yang bertempat di Wisma Audit, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan PMBK dan turut ditemani bersama tiga (3) Penolong Pengurus Audit Dalaman PMBK serta tiga (3) Eksekutif Audit Dalaman PMBK.
Hasil daripada kunjungan hormat ini, JAD PMBK telah mencapai objektif kunjungan hormat iaitu mengenali Pengarah Audit Negara Cawangan Kelantan yang baharu dan warga kerja audit yang lain, telah memahami mengenai pindaan Akta 62 (Akta Audit) 1957 dan garis panduan/kaedah baharu dalam skop pengauditan yang digunakan oleh JAN serta kedua-dua agensi telah bersetuju untuk bekerjasama dalam mengadakan program yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Pada akhir sesi kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak telah mengadakan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar bersama.