A- A A+
             
     
             

Berita

Majlis Khatam Al-Quran PMBK Semarakkan Ramadan 1447H

KOTA BHARU, 17 Mac 2026 – Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadan 1447H bertempat di Masjid Kota Darulnaim, SUK, bermula jam 8.30 pagi. Majlis ini merupakan simbolik penutup kepada Program Tadarus Al-Quran yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan melibatkan penyertaan warga kerja PMBK secara berkumpulan pada setiap hari bekerja.

Program anjuran Jabatan Modal Insan & Pentadbiran melalui Unit Pembangunan Modal Insan (UBMI) ini bertujuan untuk menyempurnakan aktiviti tadarus di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian kerohanian. Selain itu, program ini juga berperanan memupuk semangat ukhuwah serta kebersamaan dalam kalangan warga kerja, di samping menggalakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis sebelum diteruskan dengan bacaan surah-surah khatam Al-Quran secara berjemaah oleh para peserta. Suasana penuh khusyuk dan harmoni jelas dirasai sepanjang berlangsungnya sesi tersebut. Setelah selesai bacaan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Muhaimin bin Mazlan telah memimpin bacaan do’a khatam Al-Quran.

Beliau kemudiannya menyampaikan tazkirah ringkas Ramadan bertajuk “Al-Quran Pedoman Kehidupan” yang menekankan kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian, bukan sekadar dibaca tetapi turut difahami dan diamalkan.

Sebagai penutup, majlis diserikan dengan agihan juadah pulut kuning bersama rendang ayam kepada warga kerja PMBK yang hadir. Penyediaan jamuan ini turut mencerminkan penghargaan kepada semua yang telah menjayakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadan.Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini diharapkan dapat memperkukuhkan nilai spiritual, memupuk budaya kerja berteraskan nilai Islam serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja PMBK.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini539
Kelmarin568
Minggu Ini2506
Bulan Ini10135
Keseluruhan708977

5
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan| Perlindungan Data Peribadi

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2026 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search