Majlis Bersama Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP) PMBK Tahun 2026

KOTA BHARU, 12 Oktober 2026 – Majlis Bersama Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) merupakan program dwitahunan anjuran Jabatan Audit Dalaman PMBK. Majlis kali kelima ini telah diadakan pada 12 Oktober 2026 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Ahli JALP PMBK dengan warga kerja PMBK dan Kumpulan. Majlis turut menyaksikan pelancaran Audit Dashboard PMBK serta penyampaian hadiah kepada lima pemenang Pertandingan GRA (Governance, Risk & Audit) Knowledge Challenge.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi JALP PMBK. Turut hadir ialah YB Dato’ Rosnazli Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, dan Tuan Haji Zulkifli Mamat, Ahli Lembaga Penasihat PMBK merangkap Ahli JALP PMBK serta barisan pengurusan PMBK dan Kumpulan, wakil jabatan dan anak-anak syarikat.




