Berita

BERITA_TERKINI

EN HAZWANAKSB JAWAB ISU AIR TERPUTUS
Berita dari Sinar Harian Online

KUALA KRAI, 16 SEPT: Masalah bekalan air kerap terputus di Taman Bukit Sireh, dekat sini, disebabkan bekalan elektrik ke Loji Rawatan Air (LRA) Pahi yang sering terganggu dan berlaku dari semasa ke semasa.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata, biarpun jika gangguan elektrik berlaku hanya sekejap, bekalan air akan terganggu dan memerlukan masa untuk kembali stabil.

“Gangguan bekalan air ini sering berulang kerana masalah bekalan elektrik TNB (Tenaga Nasional Berhad) ke LRA Pahi yang sentiasa ‘trip’ dari semasa ke semasa.


“Bila elektrik tiada (terputus) walau sekejap, bekalan air akan bermasalah dan perlukan masa hingga hampir dua minggu untuk distabilkan kembali terutama di kawasan jauh dan tempat tinggi,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan penduduk Taman Bukit Sireh yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berdepan masalah bekalan air sering terputus sejak beberapa bulan lalu.

Akhbar ini pada laporan 8 September lalu, menyiarkan masalah gangguan air di taman itu sepanjang Ramadan dan ketika sambutan Aidilfitri hingga ada antara penduduk terpaksa menggunakan pinggan polisterin untuk menghidangkan kuih raya.

Sementara itu, Hazwan berkata, hasil tindakan diambil AKSB daerah berikutan aduan tersebut, bekalan air di Taman Bukit Sireh kini semakin stabil.

“Siasatan kami mendapati hanya 15 rumah di taman itu berdepan masalah gangguan bekalan air kerana kedudukan rumah terbabit di kawasan tinggi,” katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa