Berita

 

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato` Razali Ismail pada 27 Oktober lalu memberikan kemenangan kepada calon PAS Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, 51.

Pilihanraya kecil yang mengalahkan calon UMNO, Dato` Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada sabtu lalu, disambut dengan laungan takbir oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di perkarangan stadium Terengganu.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN.

PAS telah mendapat 32,883 manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi. Oleh yang demikian, PAS memperoleh kelebihan majoriti 2,631 undi.

Hasil daripada kerjasama wakil rakyat dari Pakatan Rakyat di seluruh negeri, membantu Abdul Wahid meraih undi. Ini sekaligus dapat meyakinkan rakyat bagi kemenangan pilihanraya kecil Terengganu walaupun sebelum ini telah menerima kekalahan teruk pada pilihanraya umum yang lalu.

Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman juga turut bersama semua YB dan Penyelia Dun Kelantan berkempen bermula dari hari penamaan calon, hinggalah hari pembuangan undi. Kakitangan PMBK juga turut mewakili pasukan pemantau pilihanraya yang bertugas di Losong, Kuala Terengganu (KT).

Antara kakitangan PMBK yang bekerja keras berkempen dan menjadi pemantau terdiri dari Penolong Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran, Ahmad Jafny Jusoh, Pegawai Pembangunan Rohani, Abdul Fatah Jaafar, Pen. Pegawai Komunikasi Korporat, Mohd Ali Akbar Yusoff serta Pegawai Komunikasi Korporat, Wan Nasrah Abd Rahim turut terlibat berkempen bersama ribuan penyokong PAS Terengganu.

Ramai dari pemerhati politik PAS mengandaikan strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT dengan penyaluran wang ringgit, menampakkan rumusan punca kekalahan BN, sebelum pemilih berdaftar membuang undi lagi.

Kemenangan tetap berpihak kepada Abdul Wahid walaupun jumlah pengundi pos berpihak kepada Dato` Wan Ahmad Farid. Kesemua jumlah pengundi yang berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa