Berita

BERITA_TERKINI

'TAKUT HUDUD MACAM TAKUT HANTU'
Berita dari Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU, 25 Sept: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap segelintir orang Melayu Islam yang terus menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Menurutnya, orang Melayu sepatutnya menjadi penyokong kuat terhadap pelaksanaan syariat tersebut yang termaktub di dalam al-Quran tetapi kecewa apabila sambutan diterima adalah sebaliknya.

“Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah anjuran Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut; Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau turut mengakui masih ramai yang berasa takut terhadap pelaksanaan hukum hudud dan juga penubuhan negara Islam sama ada dari kalangan orang Islam atau bukan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan ketakutan tersebut sebagai ‘orang takutkan hantu’.

“Orang takut kepada negara Islam ini macam takut kepada hantu. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu.

“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina, sama,” katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa