Berita

News_Banner_Berita_Terkini
Isu KGT selesai, kata Husam
Sinar Harian Online | 26 Julai 2012

KOTA BHARU, 25 JUL: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menganggap skandal penyelewengan Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd seperti didakwa sesetengah pihak selesai setelah polis Kelantan menutup kes tersebut.

Husam berkata, penjelasan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kelmarin, menyatakan tiada unsur jenayah perdagangan yang berlaku membuktikan tohmahan dilemparkan ke atas anak syarikat Kerajaan Negeri itu merupakan satu bentuk fitnah semata-mata.

“Penjelasan beliau cukup merungkaikan segala persoalan berhubung isu ini. Saya ingatkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger berkenaan, lain kali mereka perlu berhati-hati dan mengkaji sesuatu isu dengan lebih teliti dan profesional.


“Ini tidak, mereka seolaholah berlagak lebih daripada polis. Mereka minta buka kertas siasatan secepat mungkin dan semalam (dua hari lalu) polis sudah buat kenyataan (tutup kes). Saya hendak tengok secara ‘gentleman’ reaksi mereka mengenai perkara ini. Memang munasabah saya tidak menjawab persoalan remeh tersebut kerana ia terbukti tiada kes (disabitkan kesalahan).

Tetapi orang-orang seperti ini tanpa rasa tanggungjawab sentiasa ambil kesempatan dengan memburukkan orang lain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Husam yang juga Ahli Lembaga Pengarah KGT berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan blogger, Kickdefella yang terus mendesak Kerajaan Negeri memperjelaskan isu tersebut kepada rakyat.

Husam menjelaskan, proses tindakan undang-undang tetap diteruskan bagi membersihkan nama baik beliau dan KGT meski pun pihak polis sudah menutup kes tersebut.

“Ia (tindakan saman) akan diteruskan kepada pihak tertentu.

Tindakan ini bukan bermaksud kita tutup pintu kepada media kerana saya sentiasa bersikap terbuka dalam soal perbincangan dan dialog dengan mereka. Tetapi jangan menuduh secara melulu.

“Kalau tuduh, mereka perlu periksa terlebih dahulu dan perlu bertanggungjawab.

Tuduhan ini bukan mainmain, isu ini diletakkan muka depan akhbar, dalam blog, seluruh dunia boleh baca serta bagaimana saya dan KGT diberikan pelbagai nama yang hodoh.

“Tiba-tiba bila kita hendak saman, mereka berlindung di sebalik kebebasan media.

Apabila ada kebebasan seperti itu, adakah ia menjadi hak kepada mereka untuk menghina orang lain? Kalau tuduh, mereka kena ada bukti dan jika ia palsu, Islam membenarkan kita ambil tindakan,” katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa