Berita

News_Banner_Berita_Terkini
Kelantan Lulus Enakmen Lembaga Talian Paip Petroleum
HarakahDaily Online, Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 17 OKT: Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Undang-Undang Lembaga Talian Paip Petroleum Kelantan bagi mengurus hal tanah, kawal selia pembinaan dan operasi telaga paip.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri bersetuju supaya swasta menerajui pembinaan saluran paip petroleum dari Bagan Datoh Perak ke Sungai Dua, Bachok.

Katanya, projek itu merangkumi aktiviti pemindahan petroleum daripada pelabuhan luar pantai di Bagan Datoh melalui saluran paip sepanjang 350 km ke Kelantan.

Enekmen itu mengandungi 34 fasal dicadang Husam disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah kemudian mendapat kelulusan anggota Dewan.

Husam berkata, petroleum yang dipindahkan melalui saluran paip dicadang disimpan atau disetorkan di kompleks simpanan di Machang sebelum dieksport semula melalui pelabuhan di Bachok.

Menurutnya setor penyimpanan petroleum akan dibina di Bukit Bakar Machang, manakala pelabuhan petroleum luar pantai akan dibina di Bagan Datoh Perak dan Bachok.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa