Berita

BERITA_TERKINI

Nazri: Kelantan belum layak dapat royalti

 Jimadie Shah Othman |  Malaysiakini.com

 

4f4be15e41cc1c40330a572040fcba9dPembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana, tambahnya, menurut undang-undang, selepas pengisytiharan itu dibuat, Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya.

"Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.

"Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang-undang, sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan," katanya.


Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.

Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

 

cf2f400161a38bc21ad5efb7409e8cee

Katanya, sekiranya wang itu enggan diberikan kepada kerajaan PAS, beliau mencadangkan supaya dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mengedarkannya demi kebajikan rakyat negeri itu.

"Duit itu untuk belanja di Kelantan, Ini semangat 1Malaysia. Lebuh raya kena mari ke Kelantan, orang Umno pun naik lebuh raya juga," katanya disambut sorakan peserta dalam majlis itu.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.

Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa