Berita

Kelantan fokus merakyatkan Membangun Bersama Islam
Harakah Daily, Aslani M, 25 April 2014

KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dicetus Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Oktober 1990 kini cuba diserap ke peringkat akar umbi di bawah kepemimpinan baru.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, gerakan bagi merakyatkan dasar MBI sedang diusahakan bagi membolehkan ia dihayati setiap anggota masyarakat.


Katanya beliau sebelum ini dasar MBI cuma difokus kepada jentera pentadbir kerajaan sahaja dengan penekanan kepada prinsip ubudiah, masuliah dan itqan (UMI) dalam melaksanakan tugas seharian mereka.

“Jadi sekarang kita mahu prinsip UMI diserap ke bawah. Kita hendak merakyatkan konsep tersebut.

“Kalau rakyat itu sebagai seorang peniaga, kita mahu dia muncul sebagai peniaga Muslim yang tahu batasan halal dan haram.

“Ini yang menjadi fokus saya sekarang iaitu hendak merakyatkan dasar MBI. Dasar MBI bukan perkara itu, cuma kita ia terus diperkasakan lagi supaya ia lebih segar,” katanya di sini.

Kata beliau matlamat kerajaan merakyatkan MBI bagi melahirkan rakyat yang benar-benar menghayati peraturan Islam dalam kehidupan harian mereka.

“Tujuan kerajaan supaya dasar MBI dirasai semua pihak. Ini sebagai satu cabaran kerajaan negeri bagi penggal ke-13,” ujarnya.

Menurutnya juga hampir setahun menerajui kerajaan negeri ia merupakan satu tanggungjawab besar, lebih-lebih lagi mahu memikirkan supaya Islam dapat diterjemahkan dalam kehidupan masyaakat.

“Itu yang saya fikir bagaimana setiap anggota masyarakat boleh memahami konsep MBI sebagaimana diterjemah pegawai dan kakitangan kerajaan dalam melaksanakan tugas harian mereka,” ujarnya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa