Page 41 - index
P. 41
Perasmian tapak kompleks Maahad Sains Tok Guru di Pengkalan Chepa.
Penerus Transformasi Pendidikan Kelantan
Sesuai dengan Kelantan di bawah kepimpinan ulama
dengan dasar Membangun Bersama Islam, kebajikan
dalam pendidikan rakyatnya terus diberi tumpuan dan
penekanan. YIK mula menubuhkan aliran Sains pada
tahun 1993 di Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad
Muhammadi Perempuan. Kemudiannya, YIK terus
mengambil langkah proaktif mengembangkan aliran
Sains Tulen di Maahad Pengajian Islam, Maahad
Muhammadi Pasir Mas, Maahad Amir Indera Petra
Bachok dan Maahad Muhammadi Tumpat.
Ia diikuti dengan penubuhan Maahad Tahfiz Sains
Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman,
Maahad Muhammadi Gua Musang, Maahad Rahmaniah
Kuala Krai dan kini, Maahad Ahmadi Tanah Merah
serta Maahad Sains Tok Guru. Kewujudan maahad
aliran sains tulen berkenaan dijangka bakal melahir- Maahad Sains Tok Guru mempunyai bangunan kompleks sendiri,
dilengkapi dengan asrama, makmal bahasa dan komputer serta
kan lebih ramai tokoh sains berjiwa Islam yang padang bola sepak.
mampu berada di hadapan dalam menyahut cabaran
dunia globalisasi.
Pembentukan kerohanian amat sesuai dilakukan ke-
tika alam persekolahan. Perancangan rapi dalam ja-
dual harian Pelajar Maahad Sains Tok Guru telah di-
susun oleh pihak pengurusan YIK bagi memastikan
para pelajar memenuhi masa dengan sebaiknya.
Pengisian masa harian pelajar adalah sepertimana
jadual harian pelajar Sekolah Berasrama Penuh.
Bezanya ialah pengisian harian pelajar di Maahad
Sains Tok Guru dipenuhi juga dengan halaqah ilmu,
kelas hafazan, usrah dan pelbagai aktiviti yang
memantapkan kerohanian para pelajar. Inilah trans-
formasi sistem pendidikan yang menjadi kebanggaan
YIK di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan
yang mengimpikan kelahiran generasi pelapis kepada
dakwah Islamiah yang berjaya dalam ilmu akademik
dan kerohanian.
MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH 41