Page 27 - index
P. 27

















Selain keseimbangan antara rohani (ke-
berkatan) dan jasmani (kemakmuran), per-
cantuman kedua-dua tonggak ini akan
membawa kepada keseimbangan kehi-
dupan rakyat antara golongan kaya dan
miskin. Budaya ta’awun (tolong-meno-
long), belas kasihan, berperikemanusiaan
dan seumpamanya juga mesti bergerak
serentak supaya kebajikan seluruh rakyat
dapat digemblengkan. Sedangkan kemun-
cak kebajikan itu adalah mentaati Allah dan
Rasul-Nya.
Dalam konteks mencapai dasar MBI dengan
prinsip UMI yang bertonggakkan Keber-
katan, Kemakmuran dan Kebajikan, IPTG
menjadi satu institusi penting dalam mem-
bantu kerajaan untuk mengkaji, memba-
ngun dan mengembangkan aspek-aspek
yang berkaitan, mengukuhkan kefahaman
rakyat terhadap dasar dan hala tuju kera-
jaan serta memastikan seluruh program
pembangunan yang seimbang ini memenu-
hi kehendak rakyat dan peraturan syariat.
Penutup

Setelah tiga tahun IPTG melangkah dalam
membantu kerajaan untuk mengukuhkan
dasar MBI, Alhamdulillah kini IPTG telah
berjaya melaksanakan beberapa peranan
walaupun dalam skala yang masih kecil
sesuai dengan kekangan yang ada. Seka-
lipun usia masih diperingkat bertatih dan
kekangan kewangan, IPTG tetap optimis
untuk terus aktif membantu kerajaan
dalam Merakyatkan Membangun Bersama
Islam, sekali gus melanjutkan legasi ke-
pimpinan ulama yang diwariskan oleh
Allahyarham Tok Guru.





















MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH 27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32