Page 29 - index
P. 29
Indonesia, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Amerika
Syarikat, Eropah, India, Jepun, China dan lain-lain).
Sehubungan dengan itu, UHS menjadi platform untuk
penyaluran maklumat yang tepat berkaitan falsafah,
dasar dan program MMBI secara berkesan dalam me-
lahirkan warga Kelantan yang berilmu, berakhlak dan
bermuafakat.
Selain itu, objektif penubuhan juga adalah membina
hubungan baik antara kerajaan negeri Kelantan dan
warga perantau Kelantan yang berada di serata
tempat di samping mewujudkan jaringan dan kerjasa-
ma dengan warga perantau Kelantan demi kepentin-
gan bersama.
Program yang dirangka oleh UHS juga bertujuan
untuk memperkukuhkan kerjasama bagi melaksana-
kan usaha dakwah, pembangunan Islam dan penera-
ngan melalui kerjasama di peringkat dalam dan luar
negeri. Antara program yang telah dijalankan ialah
Program Mesra Anak Kelantan di Perantauan, pe-
nerangan dan dialog, santai anak muda dan sebagai-
nya.
Hasilnya, dengan penubuhan UHS ia menunjukkan
betapa pihak kerajaan negeri Kelantan cakna terha-
dap hubungan seranta selari dengan amalan negeri
berkebajikan dalam pelbagai perkara termasuklah
memupuk ukhuwah dan kesetiaan warga perantau
kepada tempat lahirnya, serta menggarap dan me-
nyalurkan idea baru demi membina keutuhan dan ke-
majuan negeri Kelantan dalam apa jua bentuk pemba-
ngunan yang menuju keberkatan, kemakmuran dan
kebajikan rakyat.
Juga, memastikan warga perantau yang cukup umur
mendapat kesedaran Islam dan demokrasi demi ke-
stabilan politik Kelantan berteraskan pengukuhan
maqasid syariah demi survival pelaksanaan pentadbi-
ran kerajaan yang mesra syariah.
Pelantikan Duta PERAKAN (Zon Selatan) di Majlis Amanat n Selatan) di Majlis Amanat
Pemberian sumbangan raya kepada anak-anak PERAKAN menceriakan lagi
Pelantikan Duta PERAKAN (Zo Pemberian sumbangan raya kepada anak-anak PERAKAN menceriakan lagi
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
Menteri Besar.
Menteri Besar. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
Sumber: UPKN Kelantan Sumber: Facebook Dato' Nassuruddin Daud
MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH 29