A- A A+
             
     
             
×

Warning

Joomla\CMS\Cache\Storage\FileStorage::_deleteFolder JFolder: :delete: Could not delete folder. Path: /home/pmbkgovm/public_html/pmbknew/pmbk/cache/com_templates

Langkah Yang Perlu Diambil Dimusim Panas

Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.

Pendedahan kepada cuaca panas boleh mendatangkan kesan tidak sihat kepada kakitangan sekali gus memberi impak dalam aktiviti kerja harian sama ada di rumah atau pejabat.

 

Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;

  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)

 

Di bawah adalah tip–tip pencegahan:

Perlu:

  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar:
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

 

Tidak Perlu:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

 

Sumber: KKM

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini140
Kelmarin240
Minggu Ini892
Bulan Ini4468
Keseluruhan326087

4
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search