Piagam Pelanggan PMBK
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan profesional dan cemerlang kepada pihak kepentingan dalam PMBK seperti berikut:
-
Mengeluarkan resit bagi setiap urusan pembayaran yang dilakukan di kaunter bayaran tidak melebihi 10 minit.
-
Memberi maklum balas penerimaan aduan kepada pelanggan terhadap sebarang e-aduan yang dikemukakan tidak melebihi 3 hari.
-
Menguruskan penyelesaian terhadap aduan pelanggan:
- Mudah = tidak melebihi 5 hari
- Sederhana = tidak melebihi 15 hari
- Sukar = tidak melebihi 365 hari
-
Menguruskan proses penyediaan perjanjian jual beli/sewa sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.
-
Menguruskan proses penyediaan borang 14A (gadaian) sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.
-
Menguruskan proses pindah milik 14A yang mempunyai sekatan kepentingan Seksyen 120 KTN/Seksyen 104 ETK 1938 tidak melebihi 6 bulan.
-
Memberi maklum balas kepada setiap cadangan pelaburan lengkap yang diterima dan diproses tanpa prejudis tidak melebihi 3 hari.
-
Memberi maklum balas mengenai status cadangan pelaburan yang telah diproses kepada pelabur. tidak melebihi 3 bulan.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi memastikan pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dapat melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pelanggan hendaklah memenuhi dan mematuhi syarat-syarat berikut:
- Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan;
- Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan; dan
- Bersikap rasional semasa membuat aduan.