Produk Nutrifera
Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd. |
ALAMAT
Lot 3174, Batu 23, Jalan Kota Bharu - Machang,
18500 Machang, Kelantan
Tel: 09-976 5280 Faks: 09-976 5282
LAMAN WEB
www.biotajmeel.com.my
FUNGSI/TUJUAN
Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd ditubuhkan pada 4 April 2017 yang dahulunya dikenali sebagai Nutrifera Marketing Sdn Bhd (ditubuhkan pada Februari 2010) merupakan milikan penuh syarikat Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBC) yang dimiliki 100% oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nutrifera merupakan satu jenama rangkaian produk berasaskan bahan asli untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri. Produk-produk Nutrifera mendapat pengiktirafan Halal, diformulasi khusus dan dipertingkatkan kualiti melalui kaedah bioteknologi di kilang bertaraf GMP.
Antara produk-produk penghasilan Nutrifera yang dipasarkan:
- Minyak & Minuman - Nature’s Health
Meningkatkan sistem pertahanan metabolisme badan membantu melindungi jangkitan bakteria, yis, kulat dan virus; melindungi dari kesan UV, meningkatkan fungsi kelenjar tiroid, membantu penyerapan zat-zat dan vitamin penting, membekalkan tenaga segera dan sesuai untuk semua peringkat umur.
- Losyen Tangan & Badan - Silky Smooth Hand and Body Lotion
Kulit lembap secara semulajadi, melindungi kulit dari kesan sinaran UV, anti-bakteria, kulit halus, gebu, gebu dan lebih bermaya; dan sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering.
- Minyak Lulur - Silky smooth Body Scrub
Kulit lebih halus, gebu dan cantik tanpa pengelupasan, kulit lebih anjal dan tekstur kulit sempurna, kelembapan kulit terjaga secara semulajadi, menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan; dan menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Sabun Mandi - Herbal Body Soap Citronella
Kulit lebih halus dan gebu, kekal lembap dan segar sepanjang hari, diperkaya dengan keharuman aromaterapi Serai Wangi, tiada lagi peluh berbau dan bau badan hapak, sesuai untuk mengatasi masalah kegatalan dan ruam pada kulit; dan baik untuk kulit sensitif.
- Pencuci Muka - Herbal Facial Cleanser
Diperkaya dengan minyak kelapa dara dan ekstrak herba tradisi, mengeringkan dan menghilangkan jerawat, memudarkan dan menghilangkan parut jerawat, mengekalkan kelembapan dan menegangkan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.
- Minyak Urut Aromaterapi - Refresh & Relax Aromatherapy Oil
Melancarkan peredaran darah, membantu melegakan sakit otot, kebas, sengal sendi, membantu mengeluarkan angin dalam tubuh, menghilangkan kegatalan kulit, membantu meredakan sakit senggugut dan terbaik untuk urutan dan aktiviti sukan.