A- A A+
             
     
             

Cadangan Membaikpulih Bangunan Rumah Kedai 3 Tingkat Milik PMBK

Rujukan : PMBK/PTD4/21/(309)

Tarikh : 04 Rabiulakhir 1446H Bersamaan 07 Oktober 2024

 

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/21/(309)

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat /kontraktor yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :-

Cadangan membaikpulih bangunan rumah kedai 3 tingkat, milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di atas Lot H.S(D) 15417, PT 78, Seksyen 18, Bandar Kota Bharu, Kelantan

Sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 23 Oktober 2024, Jam 10.00 pagi di lokasi rumah kedai PT 78, Seksyen 18, Bandar Kota Bharu, Kelantan

Borang Tender boleh didapati semasa sesi taklimat tersebut. Petender adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Hanya petender yang menyertai sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja layak menyertai tawaran tender. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran tender adalah dengan kadar bayaran RM100.00 sahaja.

Dokumen tender adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran tender tersebut.

Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan tender di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tgh pada 05 November 2024.

PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
TINGKAT 6, BANGUNAN PMBK
JALAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7474082

 

DOKUMEN SOKONGAN

Syarikat yang menyertai tawaran tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan dokumen tawaran tender :-

  1. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM) & CIDB G2

  2. Salinan kenyataan pengalaman kerja yang berkaitan

  3. Salinan penyata kewangan/bank bagi tempoh 3 bulan terakhir (yang disahkan)

  4. Salinan Profil Syarikat

 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini54
Kelmarin280
Minggu Ini541
Bulan Ini3468
Keseluruhan317693

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search