A- A A+
             
     
             

Berita

Run 4Mahabbah

Kota Bharu, 05 Januari 2023 - Berorientasikan penjagaan kesihatan dan normalisasi gaya hidup sihat, juga merapatkan ukhwah antara anggota kerja PMBK, Kelab Mahabbah PMBK telah membuka tirai 2023 dengan penganjuran program Run 4 Mahabbah pada 5 Januari 2023. Program separuh hari yang berlangsung di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu ini melibatkan penyertaan semua anggota kerja PMBK.

Majlis pelepasan yang telah disempurnakan oleh YBrs En Wan Husni Wan Osman, Ketua Pegawai Operasi PMBK telah berjalan dengan baik melalui konsep berlari dan menang hadiah. Setiap peserta perlu menghabiskan masing-masing bagi muslimin 5 kilometer larian dan muslimat sejauh 3 Kilometer menggunakan trek larian/pejalan kaki di taman tersebut.

Program bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Majlis penyampaian hadian telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Abdul Rashid Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Kesemua peserta telah berjaya menghabiskan larian sebagaimana syarat penyertaan dan seramai enam orang peserta terawal diberikan hadiah utama.

Run 4 Mahabbah menutup tirainya dengan suatu formula kesedaran kesihatan melalui disiplin diri dan yang penting adalah kebahagiaan melalui rekreasi.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini402
Kelmarin664
Minggu Ini2186
Bulan Ini5762
Keseluruhan327381

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search