A- A A+
             
     
             

Berita

Ikrar Bebas Rasuah: Ikrar Dan Janji Menolak Rasuah

KOTA BHARU, 06 Februari 2023 - Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan tersebut.

Semua warga kerja PMBK telah menandatangani IBR pada 05 Februari 2023 termasuk pengurusan anak syarikat PMBK. Program ini bermula seawal pukul 9.00 pagi dimulai dengan pengisian ceramah integriti bertajuk “Jenayah Senyap Impak Kekal” yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan, PPj. Najwa Mohd Sabry. Selepas itu, Majlis Perasmian IBR telah disempurnakan oleh KPKPj. Rosli Hussain selaku Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderamata kedua-dua pihak.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini340
Kelmarin240
Minggu Ini1092
Bulan Ini4668
Keseluruhan326287

4
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search