Fun Run Mahabbah 2024
6 Jun 2024, Kota Bharu - Satu program larian “Fun Run Mahabbah 2024” anjuran Kelab Mahabbah Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) PMBK telah diadakan dengan jayanya pada 06 Jun 2024 bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu. Program larian ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan budaya bersenam dan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kelab. Selain itu, program ini dapat mewujudkan interaksi dan sosialisasi sesama ahli. Ianya juga dapat membina, memupuk dan melahirkan ahli yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap berdaya saing.
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan persegaran ringan sebelum memulakan program. Taklimat ringkas dan senaman ringan juga diadakan sebelum peserta dilepaskan untuk larian.
Pelepasan 80 orang peserta larian telah dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Operasi (KPO) PMBK mewakili Tuan Penasihat Kelab Mahabbah PMBK. Peserta-peserta telah menunjukan komitmen yang tinggi untuk menamatkan larian sebanyak 3.3KM untuk Muslimat dan 5.5 KM untuk Muslimin.
10 pemenang dengan masa terpantas dalam menghabiskan larian bagi kategori Muslimin adalah sebagaimana berikut : Pertama - Encik Mohd Hilman Kamaruzaman, Kedua - Encik Rusrezal Refin, Ketiga - Encik Nor Hannan Mohamad, Keempat - Encik Halimi Bin Mohamed, Kelima - Encik Ahmad Adib Redha Mat Rus, Keenam - Encik Ahmad Na'ime Muhammad, Ketujuh - Encik Mohd Razmi Bin Yaacob, Kelapan - Encik Mohamad Fadhil Bin Ahmad, Kesembilan - Encik Muhamad Shahrul Azhar Bin Noor Zeli, Kesepuluh - Encik Mohd Azizi B. Azahari manakala 10 pemenang dengan masa terpantas dalam menghabiskan larian bagi kategori Muslimat adalah seperti berikut : Pertama - Puan Madihah Mohd Rosli, Kedua - Puan Nor Fara Azliani Abdullah, Ketiga - Puan Mazween Mohamed, Keempat - Puan Wan Nur Hazlina Wan Yusoff, Kelima - Puan Norzulwati Zulkifli, Keenam - Cik Nur Suhaida Nazira Mohd Nor, Ketujuh - Cik Nur Adreena Emalin Sohaimi, Kelapan - Puan Nur Aziatie Ab Ghani, Kesembilan - Cik Tengku Nur Faezah Tengku Mohamad Farid, Kesepuluh - Puan Siti Mardiana Bt Mohd Noor.
Program ini juga dihadiri oleh St. John Ambulans Malaysia untuk memantau keselamatan dan kesihatan peserta dan pihak St. John Ambulans Malaysia juga telah memberi taklimat berkenaan teknik pertolongan cemas dan teknik bantuan penafasan kepada para peserta.