A- A A+
             
     
             

Berita

×

Warning

Joomla\CMS\Cache\Storage\FileStorage::_deleteFolder Failed deleting preset8.css.cache

Executive Talk “Corporate Governance: Nuisance and Nesescity”

29 September 2024, Kota Bharu - Tadbir urus yang baik merupakan satu keperluan dalam memacu sesebuah organisasi yang berjaya dengan melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat. Ianya dilaksanakan dari segi cara membuat sesuatu keputusan dan juga penyampaian hasil kelak.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) juga amat komited dalam mengekalkan piawaian tertinggi dalam amalan tadbir urus korporat, profesionalisme dan integriti dalam melindungi serta meningkatkan kepentingan serta prestasi kumpulannya. Teras perkhidmatan UMI (Ubudiyyah, Masuliyyan dan Itqan) yang diterapkan dalam kumpulan PMBK perlu diperkukuhkan lagi dengan tadbir urus korporat yang baik agar ianya selari dengan gerak kerja seharian.

Menyahut seruan tersebut, PMBK telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama dengan Encik Mazli Zakuan Mohd Noor, Pengarah MBI Modal selaku speaker jemputan bagi membincangkan tajuk Corporate Governance: Nuisance and Neseccity. Program tersebut telah diadakan pada 21 Rabiulawal 1446 bersamaan 25 September 2024 dengan melibatkan semua pengurusan tertinggi kumpulan PMBK.

Tadbir urus yang baik dalam organisasi akan dapat meningkatkan kepercayaan pihak berkepentingan serta keyakinan rakyat terhadap keupayaan organisasi dalam melaksanakan dasar yang telah dimandatkan. Disamping itu juga, melalui amalan ini organisasi dapat mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Sesi perkongsian ilmu selama satu hari tersebut bertempat di Renai Hotel, Kota Bharu amat memberi manfaat kepada peserta kerana mereka juga diberi peluang untuk bertanya serta memberi pendapat masing-masing untuk sebelum melaksanakan tadbir urus tersebut.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini148
Kelmarin240
Minggu Ini900
Bulan Ini4476
Keseluruhan326095

4
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search